Thursday, April 2, 2009

Antara Penyelidikan Yang Pernah Dijalankan

Seperti yang kita sedia maklum, tugas pensyarah bukan semata-mata mengajar dan mendidik pelajar. Malah tugas seseorang pensyarah adalah lebih berat daripada itu. Selain mendidik, seseorang pensyarah juga harus menjadi penasihat akademik kepada pelajar, penyelia dan sebagainya. Tidak terlepas juga daripada tanggungjawab menjalankan aktiviti penyelidikan. Memandangkan Universiti Putra Malaysia merupakan sebauah universiti penyelidikan, Dr. Vijaya tidak terkecuali daripada memikul tanggungjawab tersebut. Antara aktiviti penyelidikan yang perbah beliau jalankan ialah:

*Kebangsaan
“Perisian Fonik Tutor untuk ketidakbolehbacaan Sifar”
PERSIMA) 2006 RM 223, 563.00.
Status: Pembantu Penyelidik
*Universiti
-“Perisian Fonik Tutor untuk Murid-murid Disleksia Visual”
Dana Skim Lantikan Pensyarah Baru UPM RM 9000
Status: Penyelidik
-Asimilasi Nilai Murni Orang Melayu dalam Kehidupan Masyarakat ‘Chitty di Malaysia
Dana fakulti 2006 RM 3000
Status: Penyelidik
*Penyelidikan yang lengkap
Kod Penyelidikan FBMK/0501-JBM06
Tajuk: Pemerolehan Morfologi dan Sintaksis dalam Kalangan Kanak-kanak Melayu pada Peringkat Menjelang Tatabahasa Dewasa.(FBMK Research Grant $3000. Bermula Julai 2005)

Daripada senarai penyelidikan di atas, dapatlah dikatakan Dr. Vijaya bayak menyumbang kepada kemajuan Universiti Putra Malaysia amnya, dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi khasnya.

No comments:

Post a Comment