Thursday, April 9, 2009

ketika dan kalimat (1)

PENGENALAN TENTANG NICHS

Pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Normaliza Abd. Rahim kerana di atas tunjuk ajar yang diberikan kini saya semakin terbuka hati untuk terus menyelongkar bidang multimedia yang mana pada mulanya saya sendiri tidak yakin dengan diri saya untuk mengambil kursus BBM 3410 ini. Memandangkan saya seorang yang tidak berapa minat dengan bidang multimedia ini, jadi pada mulanya saya rasa seakan terpaksa untuk mengambil kursus ini untuk melengkapkan silibus dan untuk memenuhi syarat untuk bergraduat.

Sebelum jari-jemari ini lebih tekun mengetuk papan kekunci untuk bercerita lebih lanjut, suka sekali saya berkongsi suka duka saya bersama "NICHS" sepanjang tiga belas minggu saya bersama mereka. Nama NICHS ini merupakan hasil cetusan minda Sujilayati Ismail, iaitu salah seorang daripada anggota kumpulan kami yang berasal dari Kota Marudu, Sabah. Untuk pengetahuan semua, NICHS dianggotai oleh enam orang ahli yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Idham Shah Sabuti atau dikenali sebagai Idham, adalah peneraju kepada kumpulan NICHS. Idham adalah anak kelahiran Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan. Idham dibantu oleh Sujilayati Ismail. Sepanjang menjalani aktiviti berkumpulan, kerjasama antara kedua-dua mereka jelas kelihatan. Kedua-duanya berkebolehan mengendalikan kerja berpasukan. Di sini jelas bahawa wanita juga mampu menjadi pemimpin.

Seterusnya NICHS dianggotai oleh saya sendiri Haslimatun Riduan. Saya anak kelahiran Kelantan, namun sehingga kini saya masih tidak mampu untuk bertutur menggunakan dialek Kelantan dengan sempurna. Mengapa? Ha....sebab ibu dan bapa saya sentiasa berpindah-randah (macam orang nomad) hehe....kedua-dua mereka merupakan anggota polis. Itu yang menyebabkan kami sentiasa berpindah. Kini, keluarga saya berada di Perak. Senegeri lah kita ya Idham...

Ha....seorang lagi anggota NICHS ini berbangsa India. Nama diberi oleh kedua ibu bapanya Gawri. Gawri a/p Masimalai berasal dari Banting, Selangor. Gawri seorang yang agak pendiam, namun jika diberikan tugas dia akan melakukan yang terbaik. Itulah salah satu kebaikan ahli kumpulan NICHS ini, sikap mengambil serius terhadap tugasan yang diberikan menjadikan kami tidak mempunyai sebarang masalah dengan pensyarah.

Anggota NICHS seterusnya berasal dari Negeri Di Bawah Bayu (Sabah). Teman sekolah Sujilayati semasa mereka berada di sekolah menengah dahulu. Teman yang seorang ini bernama Siti Yusminah Seri Yunus. Lebih dikenali sebagai Seri. Seorang yang sangat serius. Namun, kadang-kala pandai juga membuat kelakar. Seri agak rapat seorang lagi ahli kumpulan kami iaitu Siti Syahida Elani Azizan. Syahida merupakan anak kelahiran Pendang, Kedah. Seorang yang pandai melukis. Turut memberi komitmen sepenuhnya dalam tugasan berkumpulan.

No comments:

Post a Comment