Thursday, April 2, 2009

dunia pendidikan

anak kelahiran Serdang, Selangor ini sememangnya dilahirkan dalam keluarga yang menitik beratkan ilmu pengetahuan. Walaupun pada dasarnya beliau amat meminati bidang sukan terutamanya acara larian, namun beliau tidak sekali-kali memandang remeh soal pelajaran. Disebabkan hal yang demikian, beliau sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kedudukan teratas setiap kali peperiksaan. Hasilnya, nah! Kini beliau, telah memegang jawatan pensyarah kanan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia. Tahap pendidikan Dr. Vijayaletchumy adalah seperti yang tertera di bawah:

Sijil Rendah Pelajaran
Sijil Pelajaran Malaysia
Sijil Perguruan Malaysia
Ijazah Bacelor (Bahasa dan Linguistik Melayu) (FBMK: 1995/1998) Universiti
Putra Malaysia, Serdang
Ijazah Sarjana (Bahasa Melayu) (FBMK: 1998/2000) : Universiti Putra
Malaysia, Serdang
Ijazah Doktor Falsafah (Bahasa Melayu) (FBMK: 2000/2004): Universiti
Putra Malaysia, Serdang
Pengkhususan : Linguistik Terapan dan Psikolinguistik

Itulah serba sedikit berkaitan dunia pendidikan tokoh yang dipilih, iaitu Dr. Vijayaletchumy

No comments:

Post a Comment