Thursday, April 2, 2009

mengenali tokoh


Tanggal 15 Julai 1968 telah lahir seorang bayi perempuan yang sangat comel. Anak kepada Subramaniam ini telah diberi nama Vijayaletchumy. Ya Vijayaletchumy yang kini menjadi kebanggaan kepada ibu dan ayahnya. Anak kelahiran Selangor ini kini memegang jawatan sebagai pensyarah kanan (DS 52) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor. Beliau seorang yang sangat peramah dan begitu mengambil berat terhadap masalah pelajar. Sikap prihatin beliau bukan sahaja di dalam kelas, malah tidak kira masa dan tempat. Begitulah sikap kepada pemilik nama Vijayaletchumy. Beliau tidak pernah sekali-kali menolak atau berkata tidak jika ada pelajar yang memerlukan bentuan beliau. Sikap yang sedemikianlah menjadikan beliau sangat disayangi bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malah para pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Senyum yang tidak lekang di bibir juga menampakan diri beliau sangat ikhlas dalam menjalinkan hubungan dengan pelajar. Walau sesibuk manapun, beliau tetap akan melayan jika ada pelajar yang bertandang ke biliknya. Tidak hairanlah jika semua pelajar menyayangi pensyarah yang seorang ini. Bidang kepakaran beliau ialah Linguistik Terapan dan Psikolinguistik. Bukan sahaja jaguh dalam bidang akademik, beliau juga sangat aktif dalam bidang sukan. Tidak hairanlah jika beliau memiliki tubuh yang langsing. Hal ini disebabkan beliau sangat aktif dalam acara larian. Bukan sahaja di peringkat sekolah, tetapi juga di peringkat kebangsaan. Itulah serba sedikit pengenalan mengenai diri Dr. Vijayaletchumy.

No comments:

Post a Comment