Thursday, April 9, 2009
ketika dan kalimat (5)
1. Sayangi dia dengan hati, bukan
dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan
perasaan, ianya akan gagalkerana
perasaan sentiasa berubah dari masa ke
semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia
terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia
sememangnya seorang yang istimewa dan
biarkan ianya kekal begitu. Jangan
sesekali terfikir untuk mengubah apa-
apa tentang dia kerana sekali anda
mengubah, selamanya anda akan terus
mengubah dirinya. Tentu anda masih
ingat, anda terpikat padanya kerana
dia adalah dia. Maka, tiada alasan
untuk anda mengubah dia untuk menjadi
seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada
padanya, dia berpeluang untuk menjalin
hubungan dengan seseorang yang lebih
sempurna tapi demi cinta, dia telah
memilih diri anda. Maka, jangan
sesekali cuba untuk mempermain-mainkan
keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan
dia. Jangan anda merayu dan jangan
mencipta alasan supaya dia menerima
cinta anda kerana kelak, yang anda
akan dapat darinya hanyalah cinta
simpati dan bukannya cinta setulus
hati.
5. Yakinkan diri anda akan
keistimewaan dia. Dia adalah satu-
satunya di dunia ini dan jangan
mengharapkan kesempurnaan dari dia
kerana dia telahpun cukup sempurna
semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa
bersangka baik padanya jika kita juga
mahukan sebegitu darinya. Pastikan
anda akan sentiasa meletakkan diri
anda di tempatnya sebelum melakukan
apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat
menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia
untuk selama-lamanya kerana selama-
lamanya bagi anda mungkin akan
berakhir keesokkan harinya, tapi
berjanjilah untuk menyayangi dirinya
seolah-olah setiap hari itu adalah
hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti
memberi hati anda kepadanya untuk
dilukai tapi kepercayaan itu penting.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan
melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia
tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya
akan setakat menangis kecewa dan
kemudiannya meneruskan hidup seperti
biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan
mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri
anda, memenangi hatinya bukanlah satu
kejayaan yang mutlak tetapi anugerah
itu hanya layak anda perolehi setelah
anda berjaya menyayanginya sehingga ke
akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih
anda adalah kerana dia percaya bahawa
anda adalah seorang yang jujur dan
akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha sedaya
upaya untuk memenangi cintanya, maka
dengan itu haruslah juga anda berusaha
untuk terus menyintai dirinya dengan
apa jua keadaan sekalipun
Bersetujukah anda dengan apa yang diperkatakan di atas? Fikir-fikirkanlah. Ingat multimedia bukan sahaja mengajar kita tentang pengisian komputer yang tidak mempunyai persaan ini semata-mata. Malah multimedia juga mengajar kita tentang erti kehidupan. Sekian, terima kasih. Selesai......
ketika dan kalimat (4)
Sebenarnya, kelas multimedia ini bukan sahaja mengajar saya mengenai multimedia. Malah lebih daripada itu. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang mengambil kursus ini. Perkara yang akan saya kongsikan di sini ialah berkenaan kunjungan saya dan ahli kumpulan ke Rumah Titian Kasih yang terletak di Titiwangsa. Pada mulanya saya agak keberatan untuk ke sana.
Namun, setelah sampai di sana banyak pengajaran yang saya peroleh. Walaupun tempat itu hanyalah sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yang kehilangan ibu bapa. Namun, di sebalik itu terselit kisah suka duka penghuni di situ. Saya tidak akan pernah mengetahui apa lagi merasa perasaan seperti kanak-kanak tersebut kerana nasib saya jauh lebih bertuah dariapda nasib mereka. Hingga detik ini saya masih mempunyai ibu bapa yang tidak pernah mengabaikan tanggung jawab terhadap saya.
Saya tidak pernah kekurangan kasih sayang daripada kedua orang tua saya. Aku bersyukur ya Rabbi. Tapi sedetik terkenang anak-anak di Rumah titian kasih, hati saya menjadi sebak, sayu, pedih, luluh. Hanya kau yang Maha Mengetahui ya Tuhan. Mengenangkan nasib mereka saya terlalu sedih. Mereka terlalu naif. Mereka yang asalnya datang dari pelbagai negeri, akhirnya bertemu di Rumah Titian Kasih dan telah bersaudara sesama mereka.
Sekali pandang kita tidak akan perasaan bahawasanya di hati mereka terselit seribu rasa sedih, rasa pilu. Perasaan untuk disayangi meluap-luap. Perasaan agar ada insan yang sudi hadir dan membelai-belai tubuh yang ketandusan kasih ibu dan ayah itu sentiasa berbunga di hati mereka. Hati saya begitu tersentuh sejenak terpandang tempat tidur mereka. Hanya beralaskan tilam yang nipis mereka terpaksa berkongsi untuk tidur. Bayangkan betapa selesanya tidur kita di atas tilam yang empuk, sedangkan ada insan yang terpaksa berkongsi tilam yang nipis untuk tidur. Nyenyakkah tidur anak-anak itu?
Melihatkan pakaian mereka yang comot, hati saya menjadi sayu. Saya cuba membayangkan diri saya dalam keadaan yang sama. Hampir menitis air mata saya. Syukur ya Tuhan aku masih mampu berpakaian cantik untuk ke kuliah. Tapi, anak-anak itu? Sesungguhnya, pengalaman di Rumah Titian Kasih itu telah membuka pintu hati saya untuk melawat mereka suatu hari nanti andai di izinkan Tuhan.
Masih terngiang di teliga saya suara Adik Lokman yang mengadu kepada saya tangannya gatal di gigit nyamuk. Sekali pandang apa la sangat, hanya gigitan nyamuk. Tetapi jika kita cuba mendalami isi hatinya, jauh di lubuk hati Adik Lokman mahukan perhatian daripada saya. Saya faham. Saya cuba memberi perhatian kepadanya sedaya yang mampu. Sejenak kemudian, saya lihat ada riak ceria di wajahnya. Ini buatmu Lokman,
Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Semoga kau tabah selalu
Walaupun itu baru kali pertama saya bersua dengan anak-anak yatim di situ, tetapi saya merasakan seperti telah lama mengenali mereka. Hal ini kerana mereka sangat mudah mesra dengan kami. Jika berpeluang saya ingin sekali bertemu dengan mereka dan cuba menggembirakan mereka sekali lagi. Terima kasih Dr. Normaliza kerana tugasan yang Dr. berikan ini menjadikan saya lebih peka terhadap perasaan orang lain.
Satu lagi kisah yang mungkin mampu menyayat hati sesiapa yang mendengarnya. Kisah ini juga ada kaitannya dengan seorang penghuni Rumah Titian Kasih. Seorang kanak-kanak comel yang dikenali sebagai Aboy. Sekilas pandang kita tidak akan perasan penderitaan yang ditanggung oleh anak itu. Aboy menghidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan lagi.
Semasa berusia sepuluh hari, ibu Aboy telah menyerahkan Aboy kepada pihak pengurusan Rumah Titian Kasih. Sehingga kini, usia Aboy telah mencecah hampir tiga tahun, ibu yang melahirkannya masih belum muncul. Bayangkan betapa deritanya perasaan anak itu. Sudahlah menghidap penyakit berbahaya, ibu pula hilang entah ke mana. Kesian kau Dik. Semoga kau terus bertahan dan doaku semoga ada sinar yang terang akan menyuluh kegelapanmu suatu hari nanti.
tertutup sudah pintu, pintu hatiku
yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau
berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak, aku terdiam sepi
dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih kerana panah cinta menusuk
jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu melakukan waktu
Tidak mustahil jika mesej yang tersirat di dalam bait-bait puisi tersebut merupakan luahan rasa Aboy terhadap ibunya. Mungkinkah "matahari" Aboy akan menyinar suatu hari nanti? Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan Aboy. Mudah-mudahan Allah akan memberkati kamu. Amin....
Berbalik kepada pengalaman saya semasa belajar kursus multimedia, tidak dapat dinafikan bahawa Dr. Normaliza merupakan seorang pensyarah yang amat mementingkan disiplin. Sedikit sebanyak dapat mendisiplinkan kami semua. Apa yang penting di sini ialah persepsi saya terhadap kursus ini telah berubah setelah beberapa kali menghadiri kuliah. Daripada kabur tentang pengetahuan multimedia, semakin hari semakin jelas.
Daun selasih dipetik Kuza,
Daun dedap di dalam hutan,
Terima kasih Dr. Normaliza,
Budimu tetap menjadi ingatan.
Saya berharap apa-apa sahaja ilmu yang saya peroleh daripada kelas multimedia ini akan menjadi bekalan kepada saya untuk menempuh alam pekerjaan kelak. Bukan sahaja dari segi intelektual malah dari segi spritual juga. Semoga apa yang telah tercatit dalam coretan ini akan menjadi pengajaran kepada khalayak.
Akhir sekali saya akan tinggalkan anda dengan satu persoalan. Sama-samalah kita fikirkan.
ketika dan kalimat (3)
Apabila pertama kali masuk ke kelas amali pula, perasaan yang sama turut melanda hati saya. Saya berasa takut dan kurang yakin untuk menyiapkan tugas yang diberikan oleh Cik Aliaa. Pada hal tugas tersebut tidaklah begitu susah. Namun, setelah berjaya menyiapkan tugasan pertama saya berasa sangat gembira dan keyakinan untuk mendapat A dalam subjek ini semakin meningkat.
Sebelum terlambat saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Aliaa di atas tunjuk ajar beliau selama tiga belas minggu saya menuntut dengan beliau. Saya suka kelas amali beliau, kerana beliau sangat ramah dan tidak lokek dalam memberi tunjuk ajar. Terima kasih guruku kerana dengan tunjuk ajarmu, kini aku lebih mengenali dunia multimedia yang sememangnya amat penting untuk masa depanku.
Pada kelas amali yang pertama kami diminta menyiapkan persembahan powerpoint. Pada mulanya saya agak ragu-ragu. Saya bertanya mampukah saya menyiapkan tugasan tersebut. Tetapi apabila sudah memulakan tugasan tersebut, saya berasa seronok pula. Daripada tahu serba sedikit mengenai powerpoint, kini banyak yang telah saya pelajari mengenai microsoft powerpoint sepanjang tiga belas minggu saya mengambil kursus multimedia ini. Dalam tugasan yang pertama, saya telah memilih tajuk berkaitan bidang pertanian dan hasilnya. Saya rasa itulah tajuk yang terbaik pada masa itu kerana Universiti Putra Malaysia ini, pada dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia.
Tugasan kedua pula, saya harus menghasilkan kalendar 2009 dengan menggunakan adobe photoshop. Sebenarnya tugas menghasilkan kalendar ini merupakan tugas yang paling berat bagi saya. Begitu rumit sebenarnya untuk menghasilkan kalendar ini. Bukan senang untuk memastikan keenam-enam unsur multimedia diatur dengan sempurna dalam kalendar tersebut. Saya sering mengalami masalah untuk menentukan warna agar tulisan jelas kelihatan tidak mengalami kesukaran untuk dibaca. Maknanya di sni, warna latar belakang dan warna teks haruslah sesuai.
Setelah tiga minggu saya memupuk kesabaran dalam menyiapkan kalendar, akhirnya saya berjaya juga menghasilkannya. Walaupun, tidaklah secantik seperti mana yang dihasilkan oleh rakan yang arif dalam bidang itu, namun saya berbangga dengan hasil kerja saya. Untuk pengetahuan semua, saya memang seorang yang buta seni. Saya hanya mengambil seni semasa di sekolah rendah sahaja. Tidak lagi mengambil pendidikan seni apabila memasuki sekolah menengah. Jadi, saya mengaku memang saya tidak mahir dalam seni lukisan, namun ingin saya ingatkan di sini, seni bukan sekadar lukisan tetapi sastera juga merupakan salah satu daripada bidang seni.
Walaupun, tidak mempunyai bakat dalam bidang seni lukis atau seni ukir, saya mempunyai bakat dalam penghasilan karya kreatif. Minat saya menulis karya kreatif ini telah berputik sejak saya di bangku sekolah lagi. Saya sering menghasilkan sajak-sajak dan menunjukkannya kepada rakan-rakan untuk diberi komen. Seorang yang berjiwa seni ini sebenarnya jiwanya sangat halus dan mudah tersinggung. Tetapi sekarang, saya tidak lagi berkesempatan menghasilkan puisi kerana tiada masa yang senggang.
Tugasan seterusnya yang harus saya bereskan ialah mereka bentuk laman web. Jujur saya katakan saya banyak belajar daripada Kak Long saya untuk mereka bentuk laman web tersebut. Tetapi bagi saya untuk menyiapkan laman web tidaklah sepayah saya menghasilkan kalendar. Saya berasa begitu seronok menyiapkan laman web tersebut kerana saya rasa itulah hasil kerja saya yang terbaik sepanjang saya mengambil kursus multimedia ini.
Dan kini saya dalam proses menjalani tugas yang terakhir, iaitu tugas menghasilkan blog. Kerjanya tidaklah susah, hanya perlu mencari tokoh dan bergambar dengan tokoh tersebut. Kemudian ceritakan mengenai tokoh tersebut dan pos sahaja ke dalam blog. Dalam menyiapkan tugasan ini saya telah memilih Dr. Vijaya sebagai tokoh. Beliau memberi kerjasama di luar jangkaan saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Vijaya di atas kerjasama dan keperihatinan yang telah beliau berikan.
Sebenarnya, sebelum memilih Dr. Vijaya saya telah cuba untuk memilih tokoh yang lain. Tetapi, mereka tidak berapa minat untuk memberikan kerjasama lantas saya cuba untuk mencari Dr. Vijaya dan meminta kebenaran untuk memilih beliau sebagai tokoh untuk diletakkan dalam blog saya. Setelah diberitahu tujuan kedatangan saya, akhirnya beliau besetuju untuk memberikan kerjasama.
Apa yang mengharukan hati saya di sini ialah semasa kedatangan saya ke bilik beliau, beliau sedang sibuk untuk bergegas ke bilik kuliah kerana pada waktu itu beliau harus memberi kuliah pengantar terjemahan kepada pelajarnya. Namun, yang betul-betul mengharukan saya beliau sanggup meluangkan masa untuk saya bergambar dengan beliau. Di sini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Vijayaletchumy di atas kerjasama yang telah diberikan. Semoga Tuhan memurahkan rezeki Dr..
Dan saya rasa inilah tugasan yang terakhir yang harus saya siapkan, iaitu menghasilkan "ketika dan kalimat" sebanyak sepuluh muka surat, tulisan [bookman old stlye] bersaiz 12 dan langkau satu baris. Sebenarnya saya cuba memerah otak untuk mengingati semula apa yang telah berlaku sepanjang tiga belas minggu saya belajar kursus ini. Namun, saya berasa ragu-ragu. Mampukah saya menyiapkan sehingga sepuluh muka surat.
Jika, menulis cerpen mungkin saya mampu mencapai sehingga lima belas muka surat untuk satu-satu tajuk. Sebab itu hanya memerlukan daya imaginasi. Tetapi ketika dan kalimat ini merupakan sesuatu yang fakta. Maknanya apa yang berlaku di dalam kelas sepanjang tiga belas minggu, saya harus melakarkannya di sini. Adakalanya terasa letih juga jari-jemari ini mengetuk papan kekunci. Namun, apalah daya tanggungjawab tetap tanggungjawab. Tugasan ini harus disiapkan juga.
Rasanya semua yang berlaku sepanjang tiga belas minggu tersebut telah saya coretkan di sini. Tapi masih terdapat beberapa cerita atau catitan lagi yang ingin saya kongsikan di sini. Tapi perlukah saya ceritakan? Argh...demi kebaikan, semoga apa yang akan dipaparkan sebentar lagi akan menjadi ikhtibar dan pengajaran kepada semua khalayak tidak terkecuali diri saya sendiri.
ketika dan kalimat (2)
Berbalik kepada pengalaman saya dalam kuliah multimedia. Pada hari pertama saya menyertai kelas multimedia, saya berasa agak takut memandangkan pensyarah yang mengajar subjek tersebut sangat tegas. Namun, apabila beberapa ketika di dalam kelas tersebut saya mula berasa seronok kerana walaupun pensyarah tersebut sangat tegas, namun ada ketikanya beliau sangat kelakar. Saya masih teringat suatu insiden apabila ada pelajar yang memetik pen berkali-kali, ditegur oleh beliau. Rasa kelakar pun ada masa tu. Tapi, disebaliknya terselit pengajaran bahawasanya kita harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Satu lagi insiden yang tak dapat saya lupakan apabila pensyarah saya perasan ada pelajar yang mengantuk dan menguap di dalam kelas. Ayat yang keluar daripada mulut beliau ialah, "siapa yang mengantuk dalam kelas saya nanti saya akan tanya soalan". Apa yang mencuit hati saya ialah semua pelajar begitu memberi perhatian terhadap pengajaran beliau dan tiada lagi yang mengantuk. Kalau ada pun, mungkin mereka pandai berselindung.
Satu perkara yang amat menarik sepanjang saya mengambil kursus multimedia ini ialah cara pelajar mengambil nota. Tidak seperti dalam kuliah-kuliah yang lain yang mana pelajar hendaklah mencatat nota yang diberikan, namun di dalam kuliah beliau, pelajar hanya perlu mengambil gambar nota-nota tersebut. Dengan ini, jelas menunjukkan beliau seorang yang amat konsisten dengan bidang multimedia.
Selain itu, apa yang menarik perhatian saya di sini ialah, Dr. Normaliza sering memberi soalan kuiz untuk membantu pelajar mengumpul markah. Kaedah ini memberi semangat kepada pelajar untuk bersaing secara positif yang mana pelajar terpaksa berebut-rebut untuk menjawab soalan yang diajukan. Di sini, saya juga terharu apabila Dr. memberi soalan lebih kepada kumpulan yang tidak berjaya mengumpul markah pada awalnya kerana ingin membantu pelajar. Bukan semua pensyarah mampu melakukan seperti itu. Bagi saya, Dr. Normaliza seorang pensyarah yang amat bertimbang rasa terhadap pelajarnya.

ketika dan kalimat (1)
Pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Normaliza Abd. Rahim kerana di atas tunjuk ajar yang diberikan kini saya semakin terbuka hati untuk terus menyelongkar bidang multimedia yang mana pada mulanya saya sendiri tidak yakin dengan diri saya untuk mengambil kursus BBM 3410 ini. Memandangkan saya seorang yang tidak berapa minat dengan bidang multimedia ini, jadi pada mulanya saya rasa seakan terpaksa untuk mengambil kursus ini untuk melengkapkan silibus dan untuk memenuhi syarat untuk bergraduat.
Sebelum jari-jemari ini lebih tekun mengetuk papan kekunci untuk bercerita lebih lanjut, suka sekali saya berkongsi suka duka saya bersama "NICHS" sepanjang tiga belas minggu saya bersama mereka. Nama NICHS ini merupakan hasil cetusan minda Sujilayati Ismail, iaitu salah seorang daripada anggota kumpulan kami yang berasal dari Kota Marudu, Sabah. Untuk pengetahuan semua, NICHS dianggotai oleh enam orang ahli yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Idham Shah Sabuti atau dikenali sebagai Idham, adalah peneraju kepada kumpulan NICHS. Idham adalah anak kelahiran Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan. Idham dibantu oleh Sujilayati Ismail. Sepanjang menjalani aktiviti berkumpulan, kerjasama antara kedua-dua mereka jelas kelihatan. Kedua-duanya berkebolehan mengendalikan kerja berpasukan. Di sini jelas bahawa wanita juga mampu menjadi pemimpin.
Seterusnya NICHS dianggotai oleh saya sendiri Haslimatun Riduan. Saya anak kelahiran Kelantan, namun sehingga kini saya masih tidak mampu untuk bertutur menggunakan dialek Kelantan dengan sempurna. Mengapa? Ha....sebab ibu dan bapa saya sentiasa berpindah-randah (macam orang nomad) hehe....kedua-dua mereka merupakan anggota polis. Itu yang menyebabkan kami sentiasa berpindah. Kini, keluarga saya berada di Perak. Senegeri lah kita ya Idham...
Ha....seorang lagi anggota NICHS ini berbangsa India. Nama diberi oleh kedua ibu bapanya Gawri. Gawri a/p Masimalai berasal dari Banting, Selangor. Gawri seorang yang agak pendiam, namun jika diberikan tugas dia akan melakukan yang terbaik. Itulah salah satu kebaikan ahli kumpulan NICHS ini, sikap mengambil serius terhadap tugasan yang diberikan menjadikan kami tidak mempunyai sebarang masalah dengan pensyarah.
Anggota NICHS seterusnya berasal dari Negeri Di Bawah Bayu (Sabah). Teman sekolah Sujilayati semasa mereka berada di sekolah menengah dahulu. Teman yang seorang ini bernama Siti Yusminah Seri Yunus. Lebih dikenali sebagai Seri. Seorang yang sangat serius. Namun, kadang-kala pandai juga membuat kelakar. Seri agak rapat seorang lagi ahli kumpulan kami iaitu Siti Syahida Elani Azizan. Syahida merupakan anak kelahiran Pendang, Kedah. Seorang yang pandai melukis. Turut memberi komitmen sepenuhnya dalam tugasan berkumpulan.
Thursday, April 2, 2009
Dr. Vijaya dan Tugas Pentadbiran
*AJK-kempen Anti Merokok Peringkat kebangsaan (UPM).
*Timbalan Pengerusi – Kelab Kebajikan FBMK, UPM
*Jawatankuasa – Badan KPI FBMK, UPM
*Jawatankuasa ISO 9001-2000, FBMK, UPM.
*Pembantu Pengawas – Peperiksaan Pertengahan Semester Kedua 2005/2006
*Penggubal Prosedur Pengambilan Pelajar Baharu Program Bacelor Kes E ISO 9001:2000, FBMK, UPM.
*Meyunting Buku Laporan 2004, FBMK, UPM.
*Mengemaskini Buku Laporan Tahunan 2004, FBMH, UPM.
*Ahli Jawatankuasa – Malam Tradisi Sastera Rakyat (MTSR) ke-21, 18 Mac 2006, Panggung Percubaan PKKSSAAS, UPM.
*Ahli Jawatankuasa – Mensyuarat Agung Tahunan Yang Ke 19 Persatuan Wanita UPM (PERMATA), 24 Mac 2006, Dewan Pusat Pendidikan Luar UPM.
*Ahli Jawatankuasa – Wacana Ilmiah, 12 April 2006, Bilik Seri Amar, FBMK, UPM.
*Ahli Jawatankuasa- Ceramah Khas Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), 21 April 2006, Bilik Seri Amar , FBMK, UPM.
*Ahli Jawatankuasa Kokurikulum Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, 15 Jun 2006, Bilik Seri Amar, FBMK, UPM.
*Ketua Buku Cenderamata dan Hadiah – Pesidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Kedua, FBMK, UPM dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 24-25 Januari 2006, Dewan Persidangan PPL, UPM.
*Ketua Jawatankuasa Kecil Pendaftaran Seminar Linguistik dan Bahasa Melayu II, 13 September 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka dan FBMK.
*Jawatankuasa Panganjuran Sukan Integrasi dan 2006/2007, FBMK.
*Jawatankuasa Pakej Minor Interpretasi dan Terjemahan, FBMK.
*Jawatankuasa Penyiasat Insiden di Kafeteria Kolej 12, 14, 15 dan 16 UPM pada 17hb Julai 2006.
*Pegawai Akademik – Ekspo Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2006, Dewan Tun Abdul Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), KL 28-30 Ogos 2006.
*Ketua Jawatankuasa Kecil Pendaftaran Seminar Linguistik dan Bahasa Melayu II, 13 September 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka dan FBMK.
*Jawatankuasa Penganjuran Sukan Integrasi 2006/2007, UPM
*Jawatankuasa Pakej Minor Interpretasi dan Terjemahan, FBMK.
*Ketua Jawatankuasa Pendaftaran Seminar dan Bengkel Penyelidikan Bahasa 2006, pada 23-24 Ogos 2006, Dewan Persidangan Pusat Program Luar, UPM.
*Ketua Jawatankuasa Pendaftaran Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-2 2006, pada 7-8 September 2006, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka.
Antara Penyelidikan Yang Pernah Dijalankan
*Kebangsaan
“Perisian Fonik Tutor untuk ketidakbolehbacaan Sifar”
PERSIMA) 2006 RM 223, 563.00.
Status: Pembantu Penyelidik
*Universiti
-“Perisian Fonik Tutor untuk Murid-murid Disleksia Visual”
Dana Skim Lantikan Pensyarah Baru UPM RM 9000
Status: Penyelidik
-Asimilasi Nilai Murni Orang Melayu dalam Kehidupan Masyarakat ‘Chitty di Malaysia
Dana fakulti 2006 RM 3000
Status: Penyelidik
*Penyelidikan yang lengkap
Kod Penyelidikan FBMK/0501-JBM06
Tajuk: Pemerolehan Morfologi dan Sintaksis dalam Kalangan Kanak-kanak Melayu pada Peringkat Menjelang Tatabahasa Dewasa.(FBMK Research Grant $3000. Bermula Julai 2005)
Daripada senarai penyelidikan di atas, dapatlah dikatakan Dr. Vijaya bayak menyumbang kepada kemajuan Universiti Putra Malaysia amnya, dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi khasnya.
Dr. Vijaya Dalam Bidang Penerbitan
1. JURNAL
a. Rujukan
i. Vijayaletchumy Subramaniam (2002). “Masalah Penggunaan Kata Nama di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah”. Jurnal Bahasa, Jilid 44, Bil. 1: 50-66, Januari 2000, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
ii. Vijayaletchumy Subramaniam (2004). “Disleksia dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu”. Jurnal Bahasa Jilid 4. Bil. 4, Disember 2004, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
iii. Vijayaletchumy Subramaniam (2005). “Pemerolehan Bahasa di kalangan Kanak-kanak Melayu Berasaskan Teori Pemerolehan Bahasa oleh Steinberg”. Jurnal Bahasa, Jilid 5, Bil. 2: 112-113, Jun 2005, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
iv. Tuan Haji Mohd Amin Arshad & Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Pemerolehan Morfologi dan Sintaksis dalam Kalangan Kanak-Kanak Melayu pada Peringkat Menjelang Tatabahasa Dewasa”. Jurnal Bahasa, Jilid 44, Bil. 1: 50-66, Disember 2006, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Bab Buku
1. Vijayaletchumy Subramaniam (2005). “Penterjemahan Mesin” Dalam Abdullah Hassan dan Low Kak On. Terjemahan dan Pengglobalan Ilmu. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaysia Sabah (hlm. 236-244).
2. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Kesedaran Masyarakat Malaysia terhadap Disleksia”: Dalam Bahasa Memeluk Akar Menyuluh Ke langit”. Penerbit Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu, Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura. Hlm. 473-489.
3. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Pemerolehan Bahasa dalam Kalangan Kanak-kanak Melayu: Perspektif Psikolinguistik”. Dalam Ujaran Minda Jilid 2. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.Bhd. hlm. 75-89.
3. Laporan persidangan yang telah dicetak
1. Vijayaletchumy Subramaniam (2004). Disleksia dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu, Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas (hlm. 183-202). Selangor: penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Vijayaletchumy Subramaniam (2005). Disleksia Visual dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu (SALiMo5) jilid 2 (hlm. 297-318). Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Vijayaletchumy Subramaniam (2005). Penterjemahan Mesin, Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa. Hlm.236-244. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
4. Vijayaletchumy Subramaniam (2005). Teori Pembelajaran Bahasa: Satu Perspektif Aliran Mekanis. Prosiding International Conference on Worlds in Discourse: Representation of Realities, National University Of Malaysia (UKM). Jilid 2 (hlm. 297-318). Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Disleksia dan Konteks Bahasa: Perspektif Psikolinguistik”. Prosiding Persidangan Antarabangsa, Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu ke-2. Jilid 2, hlm. 252-276. Selangor: Penerbit Sasbadi Sdn.Bhd.
6. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Pemerolehan Bahasa- Berasaskan Teori Pemerolehan Bahasa oleh Steinberg (1995) di Malaysia”. Prosiding Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya: Jilid 1. hlm. 133-136.
7. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Disleksia Dalam Aspek bacaan Bahasa Melayu (kajian kes)”. Prosiding Seminar dan Bengkel Penyelidikan Bahasa. Jilid 1. hlm. 71-72. Penerbit Jabatan Bahasa Melayu, FBMK.
8. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Aspek Neurologi dalam Pembelajaran Bahasa”. Prosiding Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu. Jilid 1. hlm, 1-13. Penerbit Sasbadi.
9. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Bahasa Verbal dalam Kalangan Kanak-kanak Disleksia”. Prosiding Seminar Kebangsaan Bahasa Verbal dan Bukan Verbal dari Perspektif Bahasa, Terjemahan dan Komunikasi. Jilid 1. hlm 1-7. Penerbit Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM.
4. Penulisan Popular- Majalah dan Akhbar
i) Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Gaya Bahasa Dalam Novel”. Pelita Bahasa, Jun Jilid 18: hlm. 26-28.
ii) Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Penyalahgunaan Bahasa Melayu”. Dewan Bahasa, Jun Jilid 6: hlm. 30-32.
iii) Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Gaya Bahasa Dalam Konserto Terakhir”. Pelita Bahasa, Ogos Jilid 16: hlm. 34-35
iv) Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Kesediaan Belajar”. Dewan Bahasa, Disembaer Jilid 6: hlm. 30-34.
Pengalaman
* Penceramah, Bengkel : Disleksia Kepada Pensyarah dan Guru-guru IPKS.
Anjuran: Pusat Bahasa Institut Perguruan Keningau Sabah. 11 Febuari 2006.
* Fasilitator Bengkel : Pemurnian Kertas Projek Anjuran Program Master Bahasa Melayu Pendidikan Jarak Jauh UPM. 25 Febuari 2007.
* Fasilitator Bengkel: Sentuhan dan Bengkel Penyelidikan Bahasa Anjuran Persatuan Psikologuistik Malaysia. 23-24 Ogos 2006
* Penceramah Bengkel: Motivasi Anjuran: Sekolah Menengah Seri Serdang. 3 Julai2006.
* Guru (PPPS) di Sekolah Menengah Mahmud, Raub, Pahang (1998)
* Tutor Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (1998)
* Pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (sehingga sekarang)
Dr. Vijaya Dalam Bidang Kokurikulum
* Persatuan Linguistik Terapan Malaysia, Ahli
* Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia, Ahli
* Pertubuhan Disleksia Singapura, Ahli
* Pertubuhan Sasterawan Kaum India di Malaysia, Ahli\
* WorldRunners Association of Malaysia, Ahli Jawatankuasa
* Selangor Masters Athletics Association, Timbalan Pengerusi
* Pacesetters Athletics Club Malaysia, Ahli Jawatankuasa
Daripada aktiviti yang disertai oleh beliau, ternyata Dr. Vijaya merupakan seorang tokoh yang bijak dalam membahagikan waktu antara keluarga, tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan juga tanggungjawab dalam bidang kokurikulum
Dr. Vijaya Sebagai Pembentang
Penceramah Jemputan- Pembentangan Kertas Kerja/ Forum/ Panel
i) Bengkel Bahasa Melayu untuk Guru-guru, pada 24 Jun 2006, Makmal Komputer Sekolah, SJK (T) Serdang
ii) Jemputan sebagai penceramah Program Motivasi Pelajar-pelajar India, pada 8 Julai 2006 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah.
iii) Jemputan sebagai penceramah Program Motivasi Pelajar-pelajar India, pada 24 Ogos 2006, Dewan Sekolah Menengah Seri Serdang
iv) Jemputan sebagai penceramah dalam bidang disleksia kepada pensyarah dan guru-guru, pada 7 dan 8 Februari 2007 di Institusi Perguruan Keningau
Peringkat Kebangsaan
*Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas 2004 "Kejayaan Kanak-kanak Berkeupayaan Khas: Perkongsian Bersama", pada 10-12 September 2004 di ESSET, UKM
*Bengkel Kaedah Penyelidikan Bahasa Melayu, pada 14 Ogos 2004 di Hotel Residence UNITEN
*Seminar Linguistik dan Bahasa Melayu 1. "Teori Sindrom Disleksia dan Praktisnya dalam Kes Kanak-kanak Disleksia di Malaysia", pada 28 Mei 2005 di Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia
*Seminar dan Bengkel Penyelidikan Bahasa. "Disleksia Dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu (Kajian Kes) ", Anjuran PERSIMA dan Jabatan Bahasa Melayu FBMK pada 24 Ogos 2006 di Dewan Persidangan Pusat Program Luar UPM
*Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-2. " Aspek Neurologi dalam Pembelajaran Bahasa", Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Bahasa Melayu FBMK pada 9-10 September 2006 di Dewan Bahasa dan Pustaka
Peringkat Antarabangsa
*Vijayaletchumy a/p Subramaniam (2006). "Disleksia dan Konteks Bahasa: Perspekif Psikolinguistik". Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Kedua, anjuran Jabatan Bahasa Melayu FBMK, Universiti Putra Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 24-25 Januari 2006, Dewan Persidangan PPL, Universiti Putra Malaysia
*4th Malaysian International Conference on Languages, Literatures and Cultures (MICOLLAC) . "Pemerolehan Bahasa dalam Kalangan Kanak-kanak Melayu: Satu Perbandingan Dapatan Kajian dengan Dapatan Steinberg (1993) pada 23-25 April 2005 di Holiday Villa, Subang
*10th International Conference on Translation. "Penterjemahan Mesin" pada 2-4 Ogos 2005 di Magellan, Kota Kinabalu, Sabah
*Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu (SALiM05). "Disleksia Auditori dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu" pada 29-30 Ogos 2005 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
*International Conference on Worlds in Discourse SoLLs.INTEC.05: Representations of Realities. "Teori Pembelajaran Bahasa: Satu Perspektif Aliran Mekanis " pada 21-23 November 2005 di National Universiti of Malaysia (UKM), Selangor
*Persidangan Antarabangsa, Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Ke-2. "Disleksia dan Konteks Bahasa: Perspektif Psikolinguistik" pada 24-25 Januari 2006 di Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor
*Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya. "Pemerolehan Bahasa- Berasaskan Teori Pemerolehan Bahasa Steinberg (1995) di Malaysia". Anjuran Pusat Kajian Bahasa dan Budaya Unika Atma Jaya pada 15-16 Februari di Universiti Atma Jaya, Jakarta
*Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Kebudayaan Melayu III. "Kesedaran Masyarakat Malaysia Terhadap Disleksia: anjuran Jabatan Bahasa Melayu dan Kebudayaan Melayu UTN pada 15-16 Julai 2006 di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura
Anugerah Kecemerlangan Sukan
Seperti yang kita sedia maklum, Dr. Vijaya merupakan wanita yang sangat aktif meskipun sudah berumah tangga. Namun, minat beliau dalam bidang sukan tidak pernah luntur. Buktinya, sepanjang bergelar atlet, beliau telah diberikan beberapa anugerah. Anugerah yang pernah dimiliki beliau adalah seperti yang berikut:
• Kejohanan Sukan Staf IPTA Malaysia 2005. 14-21 Mei 2005
Pingat: 3 emas
• 19th Malaysian Open Masters Athletics Championship. 29 April-1 Mei 2005
Pingat: 5 emas Berjalan Kaki
Tempat ke-6: Road Race
• Malaysian Masters Athletics Association (MMAA). 2-3 Oktober 2004. Tempat Pertama
• 14th Asia Mastera Athletics Championships. 14-19 November 2006
Pingat: 1500m (Pingat Perak)
5000m (Pingat Gangsa)
• Larian Rainforest. Hutan Simpanan UPM. Tempat Kedua. FBMK. 28/04/2005
• Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2005. Bukit Jalil. 3000m (emas) 1500m (emas) 4x400m (emas) 15/05/2005. UPM
• Brunei Master Athletics Open Championship 2005. Stadium Hasanal Bolkiah, Berakas. 800m (emas) 1500m (emas) 5000m (emas) 4x400m (perak) MALAYSIA 6th -7th /08/05
• Kejohanan Staf Antara Universiti Malaysia yang ke-31 2006. Universiti Putra Malaysia. 3000m, 1500m, 4x400m (emas), UPM. 28.5.2006
• 1st National Open Masters Athletics Championships. Stadium MSN Bukit Jalil. 1500m, 4x400m (emas). UPM 13/8/2006
• Sukan Staf Antara Universiti Malaysia yang ke-32. Universiti Malaysia Perlis. 1500m, 3000m, 400m (emas), UPM 27/5/2007
• 21st MALAYSIAN OPEN MASTERS ATHLETICS ASSOCIATION CHAMPIONSHIPS. MSN STADIUM, BUKIT JALIL. 1500m, 3000m (emas), 400m (gangsa). Malaysia. 7/7/2007
• Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia ke-33. Stadium Negeri Sarawak. 800m, 1500m, 3000m (emas) 15-16/6/2008. UPM
Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kerjaya
Antara anugerah yang pernah diberikan kepada beliau ialah:
• Anugerah Hadiah Terbaik Pendidikan Moral
• Anugerah Khidmat Cemerlang (JPS)
• Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2005 : UPM
• Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi 2006 (PRPI). Pingat Gangsa
• Penilaian Pengajaran (UPM)
Semester Pertama 2004/2005
BBM 3405 : Peristilahan
4.846 (Sangat Baik)
Semester Kedua 2004/2005
BBM 3209 : Pengantar Penterjemahan
4.907 (Sangat Baik)
Semester Kedua 2004/2005
BBM 5401 : Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa
4.812 (Sangat Baik)
Semester Pertama 2005/2006
BBM 5401 : Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa
4.53 (Cemerlang)
Semester Pertama 2005/2006
BBM 3405 : Peristilahan
4.94 (Cemerlang)
Semester Kedua 2005/2006
BBM 3209 : Pengantar Penterjemahan
4.96 (Cemerlang)
Semester Pertama 2006/2007
BBM 3405 : Peristilahan
4.95 (Cemerlang)
Semester Kedua 2006/2007
BBM 3209 : Pengantar Penterjemahan
4.64 (Cemerlang)
Semester Pertama 2007/2008
BBM 3209 : Pengantar Penterjemahan
4.91 (Cemerlang)
Semester Pertama 2007/2008
BBM 3405 : Peristilahan
4.87 (Cemerlang)
Semester Pertama 2007/2008
BBM 3209 : Pengantar Penterjemahan
4.86 (Cemerlang)
Semester Kedua 2007/2008
BBM 3209 : Pengantar Penterjemahan
4.93 (Cemerlang)
Semester Pertama 2008/2009
BBM 3405 : Peristilahan
4.98 (Cemerlang)
dunia pendidikan
Sijil Rendah Pelajaran
Sijil Pelajaran Malaysia
Sijil Perguruan Malaysia
Ijazah Bacelor (Bahasa dan Linguistik Melayu) (FBMK: 1995/1998) Universiti
Putra Malaysia, Serdang
Ijazah Sarjana (Bahasa Melayu) (FBMK: 1998/2000) : Universiti Putra
Malaysia, Serdang
Ijazah Doktor Falsafah (Bahasa Melayu) (FBMK: 2000/2004): Universiti
Putra Malaysia, Serdang
Pengkhususan : Linguistik Terapan dan Psikolinguistik
Itulah serba sedikit berkaitan dunia pendidikan tokoh yang dipilih, iaitu Dr. Vijayaletchumy
mengenali tokoh
Tanggal 15 Julai 1968 telah lahir seorang bayi perempuan yang sangat comel. Anak kepada Subramaniam ini telah diberi nama Vijayaletchumy. Ya Vijayaletchumy yang kini menjadi kebanggaan kepada ibu dan ayahnya. Anak kelahiran Selangor ini kini memegang jawatan sebagai pensyarah kanan (DS 52) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra
Thursday, March 26, 2009
insan bergelar eyma redzuan
.jpg)
nama sebenar eyma redzuan
nama samaran eyma redzuan
asal kelantan
dilahirkan tanggal 08-Julai-1986
anak sulong daripada empat orang adik beradik
suka menyanyi, tengok gelagat orang, bersiar-siar, menulis
alamat rumah JKR 517, BEREK POLIS AIR PANAS,
33100 PENGKALAN HULU, PERAK
latar belakang pendidikan sek. keb. paya besar (tahun 1-6), sek. men. keb. tanjung puteri (tingkatan 1-4), sek. men. keb. telok ayer tawar (tingkatan 5), sek. men. keb. dato' onn (tingkatan 6 rendah- 6 atas), universiiti putra malaysia
menuntut dalam jurusan sastera pengkhususan bahasa dan linguistik melayu
bercita-cita untuk menjadi pendidik dan penulis yang terkenal suatu hari nanti...mudah-mudahan amin.....
meminati bidang sukan dan pernah mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring hingga ke peringkat negeri dan pernah juga mewakili Kor Suksis Universiti Putra Malaysia di peringkat Zon Tengah dan mendapat tempat Naib Johan
Suka membaca novel dan menulis
Sekarang menetap di Kolej Tun Perak, UPM Kampus Serdang